Sistem Pengurusan Pangkalan Data & Aplikasi Web

Print
Category: Kursus Published on Saturday, 20 April 2013 Written by Administrator

 

Kursus Pangkalan Data dan Aplikasi Web adalah kursus ICT yang ditawarkan di Kolej Vokasional. Kursus  ini bertujuan untuk  membimbing dan melatih, serta membuka peluang kepada generasi baru untuk membangunkan pangkalan data yang lebih efektif dan berguna selari dengan arus teknologi dan pembangunan sistem atas talian yang semakin popular era ini.

 

Pangkalan Data merupakan perisian yang digunakan khususnya dalam kerja-kerja yang melibatkan penyimpanan  data yang banyak. Ia membolehkan kumpulan maklumat yang diprogramkan untuk memudahkan       pengguna mencari maklumat tertentu samada secara keseluruhan ataupun sebahagiannya sahaja. Ia juga melibatkan penyimpanan rekod-rekod maklumat yang boleh diselenggara dengan lebih mudah untuk tujuan capaian data yang lebih cepat.

Peluang Kerjaya 

1. Pembangun Laman Web

2. Pembangun Sistem Pangkalan Data

3. Pengurus Data

4. Pereka  Grafik Laman Web

5. Penganalisis Data

 

 

 

 

Hits: 8681

Info Pelawat

   

    
 
 
 

 

Copyright © 2013 Kolej Vokasional Shah Alam