Teknologi Kimpalan

Print
Category: Kursus Published on Saturday, 20 April 2013 Written by Administrator

Kursus yang ditawarkan ini akan memberi pendedahan kepada para pelajar dalam bidang kimpalan, di mana pelajar akan diajar dari segi teori dan amali. Pelajar akan didedahkan dengan kaedah melakukan kimpalan dengan mengambil kira ciri-ciri keselamatan. Pelajar akan mempelajari pemotongan dengan kaedah plasma dan membuat kimpalan jenis arka dan gas. Pelajar juga akan membuat kimpalan ke atas logam dari logam logam jenis ferus dan bukan ferus, membaca simbol dan lukisan cetakan biru, menguji sambungan kimpalan dengan cara membedah, membengkok dan merenggang logam.

 

 

Objektif Latihan

§  Memahami langkah-langkah keselamatan ketika melakukan kimpalan.

§  Dapat membaca dan mengenali simbol-simbol, seterusnya melukis ‘technical drawing’.

§  Memberi pengetahuan dan latihan amali kepada pelajar tentang proses proses kimpalan yang biasa

  digunakan untuk industri melalui latihan yang bersistematik.

§  Seterusnya, melahirkan tenaga kerja mahir untuk keperluan negara.

 

 Keterangan Kursus

Disini pelajar-pelajar akan mempelajari modul-modul seperti:

§  Apply Safety Practical And Procedures.

§  Read Drawing and Specification.

§  Manage Material And Consumables.

§  Perform Thermal and Mechanical Cutting.

§  Prepare Joins/Materials for welding.

§  Perform Pre-Heating Process.

§  Perform Welding Using SMAW Process.

§  Perform Quality Control / Inspection.

§  Latihan Industri (3 bulan).

 

Prospek Kerjaya

§  Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan

  mesin dan jentera, industri perabot, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan.

§  Pembantu Jurutera Kimpalan di dalam industri pembuatan dan pembinaan logam.

§  Juruteknik dalam loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan

   logam di sektor industri.

§  Menjalankan pekerjaan sendiri dengan mengadakan pelbagai kerja mengimpal serta membuat kerja secara

  kontrak.

Hits: 6239

Info Pelawat

   

    
 
 
 

 

Copyright © 2013 Kolej Vokasional Shah Alam