Pemesinan Industri

Print
Category: Kursus Published on Saturday, 20 April 2013 Written by Administrator

Kursus ini memberi pendedahan teori dan amali dalam kemahiran asas dan pertengahan pemesinan bermula dari pemesinan mesin konvensional seperti mesin larik, kisar dan canai dan pengaturcaraan pelbagai mesin Computer Numerical Control (CNC). Pelajar juga didedahkan dengan teknologi pemesinan moden seperti Computer Aided Design/Computer Aided Manufacturing (CAD/CAM) dan teknologi mesin Rapid Prototyping. Kursus ini direkabentuk untuk melengkapkan  pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem  dan peralatan yang digunakan dalam Teknologi Pembuatan. Ianya mengandungi duti-duti yang merangkumi konteks yang luas bersesuaian dengan pembangunan industri terkini.

 

Objektif Latihan

§  Memahami langkah-langkah keselamatan ketika melakukan kerja-kerja pemesinan.

§  Dapat membaca dan mengenali simbol-simbol, seterusnya melukis ‘technical drawing’.

§  Memberi pengetahuan dan latihan amali kepada pelajar tentang proses proses pemesinan yang biasa

  digunakan untuk industri melalui latihan yang bersistematik.

§  Seterusnya, melahirkan tenaga kerja mahir untuk keperluan negara.

 

 Keterangan Kursus

Di sini pelajar-pelajar akan mempelajari modul-modul seperti:

§  Lukisan dan Rekabentuk Kejuruteraan

§  Penyelenggaraan Mesin

§  Penggunaan Mesin Kisar

§  Penggunaan Mesin Larik

§  Penggunaan Mesin Canai Jenis Konvensional dan CNC

§  Penggunaan Mesin  EDM Die Sinking dan Wire Cut

§  Latihan Industri (3 bulan)

 

Selain daripada itu, pelajar juga akan mempelajari subjek penyeliaan dan pengurusan.

 

 

Peluang Kerjaya

§  Penolong Jurutera di dalam industri kejuruteraan dan pembuatan.

§  Penyelia Operasi Mesin di dalam bidang pemesinan logam.

§ Berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Diploma Lanjutan di institut-institut kemahiran

  lanjutan seperti ADTEC, JMTI, MFI Dan IKTBN.

 

 

 

 

Hits: 10633

Info Pelawat

   

    
 
 
 

 

Copyright © 2013 Kolej Vokasional Shah Alam