Kenyataan Sebutharga Kerajaan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

1. Sebutharga adalah dipelawa pada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di Bawah Sub-Kepala 220801 (Kawalan Keselamatan) serta masih masih dibenarkan menyertai sebutharga berikut :

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM LENGKAP DENGAN CCTV, BOOM GATE, PENYENGGARAAN CCTV SEDIA ADA DAN PERALATAN SEPERTI DI LAMPIRAN G (TAWARAN TEKNIKAL) DI KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

TEMPOH KONTRAK 01/06/2017 - 31/05/2018 (12 BULAN)

 

2. Kontraktor-kontraktor yang layak dan berminat boleh mendapatkan dokumen sebutharga di Pejabat Kolej Vokasional Shah Alam, mulai 10 MAC 2017 (JUMAAT) pada hari dan waktu seperti berikut :

                                             Isnin - Jumaat  :  8.30 pagi - 12.30 tengahari                          

Masa  :  2.30 Petang - 4.30 Petang

3. Setiap satu dokumen berharga RM 30.00. Kontraktor adalah dikehendaki menunjukkan Sijil  Asal Pendaftaran dengan  Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah berserta sesalinan fotostat (tidak dikembalikan) semasa mengambil dokumen tersebut. Dokumen sebutharga tidak akan dijual kepada mereka yang gagal menunjukkan sijil tersebut.

4. Satu taklimat dan lawatan tapak akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh   :  28 MAC 2017

Hari       :  Selasa

Masa     :  10.00 Pagi

Tempat :  Bilik Mesyuarat KVSA

5. Dokumen sebutharga yang telah dilengkapkan dan berlakri serta bertanda NO. SEBUTHARGA :KVSA/SH/02/2017() hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga yang disediakan tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada 28 April 2017 (Jumaat) di :

PEJABAT PENTADBIRAN 

KOLEJ VOKASIONAL SHAH ALAM

JALAN BATU TIGA

40300 SHAH ALAM SELANGOR

 

Berita Utama

Info Pelawat

   

    
 
 
 

 

Copyright © 2013 Kolej Vokasional Shah Alam